Monday, May 13, 2013

persediaan ke matrikulasi

Post ni dibuat khas untuk adik-adik yang bakal mendaftarkan diri ke matrikulasi. Mesti ramai yang terfikir macam nii ‘apa nak kena bawak?’ ‘baju nak bawak berapa?’ ‘apa yang tak boleh bawak?’ dan sebagainya. Ni ada beberapa tips untuk korang. 

1. BARANGAN KEPERLUAN.
Telekung, sejadah. Tuala (better bawak 2). Cadar, sarung bantal, selimut. Al-Quran. Charger handphone. Bakul baju. ohh, lupa nak bagitau, mesin basuh ada disediakan. so, kena lahh ada sabun pencuci baju kann. kalau KMJ, RM2 sekali basuh. Selipar tandas. Sandal. Kasut bertutup untuk kelas. Kasut sport.  Pakaian untuk kelas : baju kurung (perempuan), kemeja + tali leher (lelaki). Pakaian untuk waktu Ko-K : T-shirt kolej dan seluar track. ohh, jangan lupa sarung kaki, stoking. haha~



2. LAPTOP 
Untuk student yang ambik subject sains komputer, laptop ni memang perlu. tapi aku yang tak ambik subject tu pun bawak je. lagipun kolej ada wifi. cuma biasalahh, kena pandai-pandai jaga.. laptop tak bawak awal-awal pun takpe sebab minggu pertama tu orientasi. laptop ni paling diperlukan kalau ada presentation, nak buat project untuk BI, assignment dinamika dan sebagainya.

3. ALAT TULIS
Alat tulis, kalkulator, stapler, gunting, sticky note, buku nota, buku tulis dan apa-apa yang korang rasa perlu.

4. KAD ATM
Ni memang benda terpenting. bank apa tu mengikut kolej masing-masing. elaun sebanyak RM250 akan masuk setiap bulan. kalau takde kad ATM nii takboleh lah nak keluarkan duit,kan?

5. PENYAPU & PENYODOK SAMPAH
Benda ni pun perlu jugak sebab kolej just sediakan bakul sampah je.


6. BARANGAN SUKAN
Sesiapa yang rajin bersukan tu boleh la bawak. macam raket badminton ke. kalau lelaki biasanya ada yang bawak bola futsal, ragbi. depends laa. kolej memang ada sediakan semua peralatan sukan tu tapi biasa lah, student pun ramai kot laa tak mencukupi ke.

7. MAKANAN & MINUMAN
Makanan such as roti, biskut ni penting in case kalau tak sempat nak sarapan kat cafe. biasanya, stok paling banyak memang segala jenis yang 3 in 1 lahh. macam milo, nescafe, Maggi, bubur. Air panas biasanya ambik dekat cafe and guna termos masing-masing. 


8. BARANGAN PERIBADI
Biasalahh, bedak, deodorant,minyak wangi, cermin kecik. for girls yang ber-make up, jangan terlalu over ok? 

9. BARANGAN SAMPINGAN
Barangan sampingan seperti rak buku, tupperware, pinggan, cawan, sudu, mangkuk, sabun pencuci pinggan mangkuk, MP3 player, baldi, gayung dan apa-apa yang dirasakan perlu.

* few things yang tak boleh dibawa ke KMJ (yang lain aku tak tau) : barangan elektrik kecuali laptop dan lampu belajar.

tu je kot yang aku ingat. nanti kalau ada apa-apa soalan, jangan segan dan malu tanya, ok?

3 comments:

  1. lampu tdo emg x pe ke?????ye kbo x leh bwok brg elektrk selain chrger

    ReplyDelete
  2. lampu tidur tak payah pun. yang akk cakap ni lampu belajar.

    ReplyDelete